Video Korporat KOPKETA

Tentang KOPKETA

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) telah didaftarkan pada 23 Julai 1973 dan terus berkembang sebagai sebuah koperasi yang berdaya saing serta berorientasikan kemajuan anggota.

Bagi tahun kewangan 2025, KOPKETA mempunyai seramai 293 anggota dengan jumlah aset bernilai kira-kira RM198.50 juta.

KOPKETA menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan, antaranya:

• Perladangan kelapa sawit
• Pembangunan hartanah
• Stesen Minyak Petron Bandar Seri Impian
• Nurseri anak sawit
• Sewaan bangunan komersial
• Pelaburan strategik
• Perkhidmatan Ar-Rahnu
• Dusun durian

KOPKETA komited untuk menguruskan setiap aktiviti secara profesional, berintegriti dan mampan bagi memberikan manfaat serta pulangan jangka panjang kepada anggota.