Calon Menang (MAT KOPKETA Ke-45) 26.6.2022

 

Empat daripada lapan calon yang bertanding sebagai Anggota Lembaga Koperasi ALK dipilih bagi sesi 2022/2024. Pemilihan dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan MAT ke-45 Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA di Bandar Kluang. Mesyuarat berlangsung sehari hingga lewat petang.

Calon tertinggi yang dipilih oleh anggota Kopketa ialah Mohd Ariffin Ismail (C-120) 55 tahun mendapat 171 undi. Tempat kedua tertinggi Zakaria Sharif (C- 223) 65 tahun memperoleh 161 undi , ketiga Burhanuddin Mohd Saleh ( C-139) 63 tahun merupakan calon baru , mendapat 114 undi dan tempat keempat Saiful Azni Abd Rahim 59 tahun mendapat 108 undi yang juga calon baru.

Sebaik saja tamat Mesyuarat MAT itu, Mesyuarat ALK pertama diadakan dan kandungan utama Mesyuarat antara lain melantik Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari baru KOPKETA pada sesi kali ini.

Mohamed Nordin Ahmad , Zakaria Sharif dan Lee You Tong terpilih untuk jawatan Pengerusi , Setiausaha dan Bendahari. Mereka akan menggalas tanggungjawab sehingga MAT yang seterusnya.

Pengerusi baru Mohamed Nordin yang diundi daripada kalangan ALK dalam Mesyuarat ALK pertama itu , sebelum ini di bawah jawatankuasa Biro Ekonomi . Sementara itu muka baru yang dipilih memikul tanggungjawab Bendahari Kopketa ,Lee You Tong . Manakala Zakaria Sharif kekal menggalas tanggungjawab sebagai setiausaha Kopketa.

Dalam pada itu kekosongan satu kerusi ALK yang ditinggalkan oleh Allahyarham Che Esah Hassan diganti oleh Mohd Nawawi Abd Majid 52 tahun. Dengan itu lengkaplah bilangan ahli ALK seramai 12 anggota.

Pengerusi baru Mohamed Nordin menggesa agar semua ALK berusaha bersama sama secara kolektif menjayakan misi Koperasi dengan penuh amanah , jujur dan berintegriti. “Koperasi ini Warisan kita, “ katanya semasa penggulungan dalam Mesyuarat ALK ke dua di Kluang.

Pada mesyuarat itu juga melantik Ketua Ketua Biro yang baru. Mereka yang dipilih Saiful Azni Abd Rahim sebagai Ketua Biro Ekonomi bersama jawatankuasanya Zainudin Mohamed. Ketua Biro ladang pula yang dipilih Md Ali Ahmad bersama jawatankuasanya Mohd Ariffin Ismail dan Burhanuddin Mohd Saleh. Manakala Ketua Biro Kebajikan Zainun Sulaiman bersama jawatankuasanya Pujiyah Roslan dan Mohd Nawawi Abd Majid.

Dalam pada itu bekas Pengerusi Kopketa , Mohd Ariffin Ismail berharap semua yang dilantik memegang tanggungjawab dan amanah besar itu perlu meneruskan perjuangan dan misi Kopketa yang kini berada di landasan yang tepat.

Katanya kejayaan kejayaan yang dikecapi semasa beliau menerajui Kopketa bersama ALK yang lain ketika itu perlu diteruskan secara gigih dan penuh komitmen serta hindari daripada tersasar, Beliau memegang jawatan Pengerusi KOPKETA daripada  tahun 2015 dan berakhir 26 jun 2022.

ends……Zainun Sulaiman