Johor Baharu
30 November 2021


Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA di Kluang muncul sebagai Koperasi Nombor 1 terbaik di Negeri itu. Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan ,Pembangunan Usahawan,Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Datuk Mohd Izhar Ahmad di Hotel Throve Johor Bahru.


Beliau dalam sidang medianya selepas itu menegaskan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura menerusi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksinasi (VTL) darat dijangka meningkatkan kadar pelaburan sehingga 20 peratus di Johor.


Terdahulu Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Johor Fadilah Salim menyarankan agar semua Koperasi terus melakukan usaha gigih dan berusaha bersaing untuk memberikan keuntungan dan faedah kepada setiap anggotanya. Pada majlis itu beliau berkata 100 Koperasi terbaik yang disenaraikan di negara ini layak untuk mendapat pinjaman RM 30 juta dengan kadar caj keuntungan yang rendah maksimum 4 peratus dikira atas baki bulanan.


Katanya bagi membantu pergerakkan Koperasi, sehingga kini kerajaan menyalurkan RM 1.5 juta bantuan berupa gran kepada Koperasi dan kerajaan Johor juga meluluskan jumlah yang sama dalam usaha memaju dan menggerakkan Koperasi agar terus berupaya bersaing .


Dalam pada itu Pengerusi KOPKETA Mohd Ariffin Ismail menyifatkan Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor 2020 yang diterima ni merupakan anugerah terbaik dan terunggul yang pernah diraih. Anugerah ini jelas pengiktirafan kerajaan ke atas segala usaha Koperasi menggembeling usaha bersama sama memainkan peranan merancakkan ekonomi Negeri Johor. Tambahnya anugerah ini tidak akan dapat dikecapi tanpa kerjasama semua Ahli Lembaga Koperasi ALK yang sama sama menjayakan setiap aspirasi dan perancangan yang dibuat.


“Inilah pencapaian yang membanggakan untuk semua ALK dan anggota koperasi dan petugas,” katanya selepas majlis penyampaian itu. Majlis itu turut dihadiri Sertiausaha Kopketa Zakaria Sharif dan Zainudin Mohamed.

ends…..Zainun Sulaiman

 

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/11/783174/johor-bakal-terima-peningkatan-pelaburan-rm10b

https://www.sinarharian.com.my/article/175293/EDISI/Johor-peruntuk-RM15-juta-bantu-koperasi-terjejas-akibat-Covid-19

https://www.facebook.com/onenewsonlineofficial/videos/2210715009075737/