16 Nov 2019

Muar Johor

Laporan lawatan anggota Kopketa bagi Biro Kebajikan .

Biro Kebajikan yang diketuai Puan Hjh Pujiah Roslan bersama saya selesai mengadakan lawatan ziarah kebajikan di dua buah rumah anggota Kopketa yang mengalamai stroke di Bukit Gambir dan seorang lagi tidak berupaya berjalan kerana tiada kekuatan di bahgian lutut bagi menampung berat badan .

Rumah pertama kami ziarah di kediaman ibu Jawhir Binti Hashim berusia 84 tahun yang diserang lumpuh sebelah badan bahagian kiri.

Keadaan ibu Jawhir sudah terlantar demikian sejak setahun lalu ,ingatannya semakin berkurangan malah tidak mengenali siapa pun yang berada di sisinya.

Lawatan ke dua di kediaman ibu Ena Mohd Noor berusia 88 tahun di Tanjung Gading Muar.

Ibu Ena menzahirkan rasa kesyukuran dan terima kasih atas kesudian Kopketa yang diwakili oleh kami untuk menziarahi beliau.Lawatan ini memberi kesan mendalam baginya ,kerana terus  masih ada yang mengingatinya daripada pihak Kopketa .

lawatan ziarah ini akan dipanjangkan ke kawasan lain , in sha Allah ke Melaka pada masa akan datang in sha Allah.

 

#kopketaisthebest

#kopketawedoeverything4u

 Tkasih ends ...

Zainun Sulaiman