23 Mei 2022
Batu Pahat Johor
Ziarah Aidifitri Biro Kebajikan KOPKETA


Tiga anggota Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA yang dikunjungi Biro Kebajikan sempena aidilfitri rasa teruja dan terharu di atas kesudian kami ke kediaman mereka untuk mengetahui khabar mengenai keadaan kesihatan anggota yang berusia.


Biro Kebajikan yang terdiri daripada Pujiah Roslan, Mohd Nawawi Majid dan Zainun Sulaiman sempat mengadakan ziarah aidilfitri di kediaman Halimah Binti Haji Kalimi anggota (B 141) di Lorong Sulaiman Parit Raja Batu Pahat, Maimun Binti Idris (B 160) di Kampung Kaki Bukit Gunung Soga dan Hassim Bin Othman ( C 307) Kampung Lubuk Tengah Semerah.


Kunjungan pertama kami ke kediaman Halimah Haji Kalimi di Lorong Sulaiman Parit Raja Batu Pahat. Halimah yang kini berusia 82 tahun tinggal bersama anak ke duanya. Beliau mengidap penyakit kencing manis , darah tinggi dan jantung. Kini menerima rawatan secara berkala di Hospital Batu Pahat.


Pergerakan beliau kini dibantu dengan sejenis alat berupa tongkat berkaki kerana lemah dan kurang berkemampuan untuk menapak secara sendirian. Ini setelah mengalami kemalangan kira kira 10 tahun lalu bersama Allahyarham suaminya.


Menceritakan kesah lalunya ,menurut beliau ketika dahulu beliau seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti masyarakat dan politik. Pernah memegang jawatan Ketua Wanita Umno Cawangan Seri Kembang Parit Raja.


Kemalangan yang menimpanya berlaku semasa beliau dan suami dalam perjalanan menghadiri jemputan kenduri kahwin di rumah jiran dan menaiki motosikal. Tatkala ingin menyemberang jalan tiba tiba muncul sebuah motosikal lalu bertembung, ketika itu beliau sedar dan tidak mengalami kecederaan luaran, cuma apabila cuba berdiri kakinya lemah lalu terduduk dan suaminya pula kelihatan berlumuran darah.


Ke dua duanya kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Sejak kemalangan itu pergerakannya untuk berjalan semakin sukar. Pada kemalangan itu kaki Halimah patah. Kini masanya banyak berada di atas katil.


Beliau menerima takdir yang menimpanya dan tetap bersyukur kerana berjaya menjalani ibadah puasa pada ramadan lalu dan masih mampu mengerjakan solat 5 waktu.


Katanya beliau juga tidak pernah ketinggalan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MAT Koperasi dan masih menantikan MAT ke-45 yang bakal diadakan pada JUN nanti.


Rumah ke dua yang dikunjungi anggota (B 160) Maimun Idris berusia 90 tahun di Kampung Kaki Bukit Gunong Soga Batu Pahat. Beliau tiada apa apa komplikasi penyakit cuma mengalami gangguan pendengaran dan dalam keadaan lemah .Sempat juga beliau menanya kepada kami dari mana datang. Makcik Maimun boleh membaca pergerakan bibir dengan siapa yang bertutur bersamanya.


Beliau kini dijaga dan tinggal bersama anak lelaki dan menantunya , beliau mempunyai 5 orang anak dan dua daripadanya sudah meninggal dunia.


Rumah ke tiga yang kami kunjungi ke kediaman Hassim Othman (C 307) di Kampung Lubuk Tengah Semerah Batu Pahat. Beliau yang lebih dikenali dengan Cikgu Hassim pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Kopketa satu ketika dulu.


Sekarang berkerusi roda kerana kaki kanannya retak setelah terjatuh di rumahnya pada awal ramadan lalu. Dalam pertemuaan ni jelas kelihatan keceriaan di wajahnya menerima kedatangan kami sambil menanyakan khabar rakan lain di Kopketa dan perkembangan terkini berkaitannya.


Kami mewakili Ahli Lembaga Koperasi ALK yang lain mendoakan agar ke tiga tiga mereka Allah kurniakan Kesihatan yang baik, diberkati usia dan sentiasa dalam Rahmat Allah.


Sesungguhnya kunjungan dan lawatan aidilfitri daripada Biro Kebajikan ini , memberi kesan mendalam dalam perhubungan silaturrahim, sambil menzahirkan keperihatinan kami kepada anggota walau di mana mereka berada.


ends…….Zainun Sulaiman
(Jawatankuasa Maklumat Dan Komunikasi KOPKETA dan AJK Biro Kebajikan KOPKETA. )

 

Rumah pertama di kediaman Halimah Kalimi 82 tahun