Majlis Kejayaan Kopketa 2020

16 Dec 2021

 

“Usaha keras, wujudnya kesepakatan antara Ahli Lembaga Koperasi ALK dan kerjasama kakitangan” . “Inilah elemen penting yang mengangkat Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad KOPKETA sehingga berjaya menjulang kejayaan menerima Augerah Koperasi Terbaik No 1 di Johor dan No 13 seluruh negara”.

Demikian tegas Pengerusi KOPKETA Mohd Ariffin Ismail pada Majlis Penghargaan Kejayaan KOPKETA 2020 di Kluang Johor.

Tidak ketinggalan katanya, kejayaan itu turut dijayakan oleh Projek Management Group (PMG) dan Juruaudit Dalaman (JAD) Koperasi .

Beliau menasihati ALK supaya berusaha dan bekerja lebih keras dan memikul tanggungjawab dengan berkesan seperti yang diamanahkan anggota. “Inilah warisan ibu bapa kita untuk kita menggalas dan menjalankan amanah ”, katanya pada majlis itu .

Beliau juga mengumumkan insentif RM 800.00 kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas penglibatan mereka bersama sama menjayakan aspirasi itu. Pada tahun depan katanya ,beberapa anugerah turut akan diadakan seperti “Star Of The Staff ” dan berusaha mengadakan Hari Keluarga. 

Anugerah ini menjadi penggerak kepada semua ALK untuk menuju ke tahap yang lebih tinggi dan merangkul lebih banyak lagi kejayaan.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai SKM Kluang Rosdi Senan, Pegawai Undang Undang Orked Abd Rahman serta kakitangan di semua bahagian KOPKETA. 

#kopketathebest ends……Zainun Sulaiman