Assalamualaikum..

Mesyuarat MAT 42 (29 & 30 Jun 2019)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana perkenan-Nya jua kita bersua lagi di Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 42 Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA). Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada anggoa lembaga dan warga kerja kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi mengadakan Mensyuarat Agung Tahunan ini mengikut masa yang telah ditetapkan. Alhamdulillah, 2018 adalah satu tahun yang sangat mencabar bagi KOPKETA kerana. Pada tahun 2018, KOPKETA telah berjaya menempuh beberapa cabaran besar seperti pembinaan stesen minyak, perbincangan fasa 2 selepas mendapat kelulusan mesyuarat agung khas dan pembinaan garaj ladang. Hal ini adalah bertujuan memastikan anggota mendapat manfaat daripada pembangunan dan perancangan hari ini. Selain itu, KOPKETA juga telah menubuhkan 1 unit khas iaitu Project Management Consultant (PMC) terdiri daripada anggota yang berpengalaman luas dalam bidang pembangunan. Semoga mereka ini dapat memberi panduan dan pandangan demi memastikan KOPKETA ditadbir secara telus dan dilandasan yang tepat.

#AriffinIsmail