SIJIL MSPO (KOPKETA)

Kluang 9 Mac 2020

Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor Berhad (KOPKETA) melakar lagi kejayaan penting apabila Koperasi itu mendapat pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

KOPKETA menerima pensijilan itu berkuatkuasa 21 december 2020 lalu . Perkara itu disahkan oleh Pengerusinya Haji Mohd Ariffin Ismail di Pejabat Ladang KOPKETA Ladang Sungai Kluang Kluang , selepas mesyuarat bulanan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akhir februari 2020. Kementerian Industri Utama mensyaratkan supaya pengusaha ladaang sawit dan Pekebun kecil persendirian  mendapatkan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bagi memastikan minyak sawit negara diiktiraf sebagai minyak berkualiti, sekali gus meningkatkan harga pasaran komoditi berkenaan pada masa depan. Pelaksanaan pensijilan MSPO secara mandatori berkuatkuasa 1 Januari 2020 tetapi pekebun persendirian mempunyai 20 bulan dari tarikh itu untuk memiliki sijil berkenaan sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan. Sehubungan itu menurut Ariffin , Ahli Lembaga Koperasi (ALK) yang diketuai oleh pengurusan Bahagian Ladang Kopketa memastikan Kopketa tidak tertinggal untuk mengejar memperoleh sijil berkenaan. Proses memperolehi sijil berkenaan dilakukan secara kolektif dengan diketuai bersama Pengurus Ladang Sungai Kluang Haji  Mohamad Haji Supok dan Mohd Ali Ahmad serta anggota biro ladang berserta kakitangannya. Berikutan pencapaian gigih itu Haji Ariffin turut mengumumkan pekerja ladang yang terlibat berusaha gigih ke arah pencapaian MSPO itu dianugerahkan insentif khas. Untuk rekod, secara keseluruhan sebanyak 62.4 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat ini.

#kopketaIsTheBest

Ends…..Zainun Sulaiman.