15 Januari 2022

 

Berita baik untuk anggota Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA !!!.

 

KOPKETA menerusi Project Management Group (PMG) merancang membina  Perumahan Generasi Ke-2 yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Pengurus PMG Jasniza Mujaro berkata keseluruhan projek itu akan melibatkan Perumahan Bercampur di atas tanah berkeluasan 28.8 hektar (72 ekar ) yang keseluruhan merangkumi 840 unit rumah.

 

Menurut Jasniza 40 peratus daripada unit rumah itu akan dibina rumah kos rendah. Ia turut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam. Beliau membayangkan pembinaan projek akan dilaksanakan secara usahasama dengan pihak yang akan dikenal pasti.

 

Beliau menjelaskan demikian ketika membentangkan projek Pembangunan Hartanah dan Agro KOPKETA di Ladang Sungai Kluang LSK Kluang Johor, pada mesyuarat pertama PMG tahun 2022 bersama anggota Lembaga Koperasi.

 

Dalam pada itu Pengerusi KOPKETA Haji Mohd Ariffin Ismail mencadangkan agar setiap anggota perlu membayar sebahagian premium ke atas rumah yang bakal dimiliki oleh setiap anggota. Tegasnya bayaran premium dianggarkan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah.

 

Katanya premium yang perlu dijelaskan itu sebagai tanda komitmen dan kesungguhan anggota untuk memiliki rumah idaman yang dibina oleh Koperasi.

 

Sempena tahun baru 2022 Pengerusi bersama sama Ahli Lembaga Koperasi beriltizam dan berjanji untuk mengukir lebih banyak kejayaan dan berkongsi keuntungan bersama setiap anggota. Beliau akan pastikan Koperasi terus berada di landasan yang betul dan tepat. Beliau berharap anggota Koperasi juga terus memberi kepercayaan dan mandat untuk Koperasi terus hidup demi kepentingan generasi akan datang.

 

#kopketaisthebest

 

ends……Zainun Sulaiman