Kluang Johor

27 Mac 2022

 

Langsung tidak diduga takdir yang menimpa diri dan keluarganya apabila bahagian atas  tempat tinggal yang didiaminya hangus dijilat api pada akhir tahun lalu. Kebakaran berlaku di Taman Jeram Mulia Jalan Bakri Muar . 

Itulah kejadian malang yang menimpa kepada anggota B150 Rokiah Ahmad 91 tahun.

Rokiah Ahmad ketika itu tinggal dan dipelihara anaknya Salimah Azizan @ Mohd Said  69 tahun. Kebakaran  berlaku di rumah milik Salimah. Selain ibu Rokiah Ahmad , Salimah turut memelihara  adiknya Zanariah . Turut berada di rumah itu semasa kebakaran anak tunggal beliau Mohd Azim Maula Azmi 31 tahun. Semuanya selamat pada kejadian berkenaan.

Selepas kebakaran Rokiah bersama ahli keluarga beliau tinggal sementara di rumah anaknya di Jalan Salleh Muar selama 3 bulan.

Menurut bomba, punca kebakaran disebabkan lintas pintas.

Ketika menceritakan perkara ini anak tunggal Salimah  iaitu Mohd Azim Maula Azmi menzahirkan kesyukuran kerana neneknya Rokiah memiliki kediaman di Taman Sri Impiana Kluang yang diberikan oleh Kopketa kepada anggotanya.

Mereka semua kemudian berpindah ke rumah neneknya ,selepas kira kira 3 bulan menumpang di rumah Pak Ciknya . 

Bagaimanapun  menurut Mohd Azim sebelum berpindah ke rumah itu , banyak peralatan terutama  sambungan elektrik perlu dibaik pulih. Beberapa barangan di rumah itu juga perlu diganti kerana kediaman tersebut tidak dihuni sejak diserahkan kepada neneknya.

Syukur Alhamdulilah Rokiah Ahmad bersama anaknya Salimah dan Zanariah serta cucunya kini tinggal di kediamannya di Taman Sri Impiana Kluang.

Sehubungan itu atas rasa prihatin Biro Kebajikan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA, meninjau perkembangan makcik Rokiah dan keluarganya. Bersama dalam rombongan prihatin biro kebajikan disertai Pujiah Roslan, Mohd Nawawi Abd Majid dan Zainun Sulaiman.

Dalam pemerhatian kami disebabkan faktor usia keadaan Makcik Rokiah kelihatan uzur dan ingatan berkurangan. Segala urusannya diurus anaknya Salimah yang merupakan anak ke-dua Makcik Rokiah.

 

 ends…..Zainun Sulaiman                                                                                                                                     

(Jawatankuasa Maklumat dan Komunikasi KOPKETA 2022 dan AJK Biro Kebajikan Kopketa)

Biro Kebajikan KOPKETA. Hjh Pujiah Roslan, Encik Mohd Nawawi Abd Majid dan Hjh Zainun Sulaiman. Duduk tengah Puan Rokiah Ahmad