Tanaman Kelapa Sawit
Pendapatan utama KOPKETA adalah daripada aktiviti perladangan iaitu kelapa sawit. Pada asalnya KOPKETA mempunyai seluas 3000 ekar tanah di daerah Kluang. Namun setelah KOPKETA terlibat dengan pembangunan, tanah yang tinggal untuk tanaman kelapa sawit adalah seluas 1571 ekar yang terbahagi kepada 9 blok.

Blok | Umur | Luas |
---|---|---|
P2001 | 15 | 60.30 |
P2006 | 10 | 109.67 |
P2010 | 6 | 19.83 |
Blok 1 | 0 (Tanam Baru) | 63.54 |
Blok 2 | 27 | 101.17 |
Blok 3 | 27 | 50.18 |
Blok 4 | 27 | 116.55 |
Blok 5 | 27 | 62.32 |
Blok 6 | 2 | 57.47 |

Sewaan Bangunan Komersial
- Bangunan Wisma Kopketa dan 9 pintu rumah kedai di sekitar Bandar kluang johor
- Empat belas pintu rumah kedai di Bandar Seri Impian, kluang Johor untuk disewakan
- 2 buah banggunan kedai dan pejabat di Impianan Square Bandar Seri Impian dalam binaan untuk disewakan
- 6 buah banglow disewakan.
Pembangunan Perumahan
Pembangunan hartanah KOPKETA bersama Matrix Concept telah dimulakan dengan keluasan tanah 900 ekar tanah ladang. Ianya telah dibangunkan dengan perumahan bercampur pada awal tahun 2005. Pada masa ini 2017 hampir 85 % telah berjaya dibangunkan dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020.

