Tanaman Kelapa Sawit
Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) merupakan skim pensijilan nasional bagi ladang kelapa sawit, pekebun kecil bebas dan terancang serta kilang pemprosesan minyak sawit untuk disahkan berdasarkan keperluan standard MSPO.
Bagi tahun 2025, Pengurusan Ladang Sungai Kluang telah menjalani Lawatan Penilaian Berterusan Pensijilan MSPO (SAV 1) pada 15 Januari 2026. Penilaian tersebut telah dilaksanakan oleh tiga orang juruaudit daripada MR3 Certification International Sdn. Bhd., iaitu badan pensijilan pihak ketiga yang bebas dan diakreditasi untuk menyediakan pensijilan MSPO.
Penilaian tersebut dilaksanakan berdasarkan pematuhan terhadap standard MS 2530-3-1:2022, Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) Part 3-1: General Principles for Oil Palm Plantations (40.46 hectares to 500 hectares).
Hasil daripada pengauditan tersebut, Ladang Sungai Kluang telah berjaya mengekalkan pensijilan MSPO dengan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.
Pengurusan Ladang Sungai Kluang sentiasa komited untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan kemampanan, undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, di samping mengekalkan standard kualiti serta integriti yang tinggi.

| Kategori Kawasan | Keluasan |
|---|---|
| Kawasan Matang | 266.51 hektar |
| Kawasan Belum Matang | 192.93 hektar |
| Tanaman Semula Tahun 2026 | 112.21 hektar |
| Jumlah Keseluruhan | 571.65 hektar |
Kawasan seluas 58.92 hektar dirancang untuk menjalani proses tanaman semula pada tahun 2027.

Nurseri Sawit Ladang Sungai Kluang
| Tahun | Jenis Anak Sawit | Jumlah Pokok | Jualan (RM) |
|---|---|---|---|
| 2024 | DxP | 12,150 | RM173,681.54 |
| 2025 | DxP | 14,629 | RM281,689.50 |

DUSUN DURIAN HYBRID
Stesen Minyak Petron Bandar Seri Impian
Stesen Minyak Petron Bandar Seri Impian (Petron BSI) merupakan salah satu aktiviti perniagaan utama KOPKETA. Pengurusan stesen dengan kerjasama Biro Stesen Minyak bertanggungjawab memastikan operasi stesen berjalan lancar serta memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.
Secara keseluruhannya, Petron BSI mencatatkan pendapatan sebanyak RM18,050,091.50 pada tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 0.75% berbanding RM17,914,354.13 pada tahun 2024. Pendapatan tersebut merangkumi penjualan minyak MOGAS dan diesel, jualan kedai serta jualan tambah nilai.
Penjualan minyak menyumbang kira-kira 93% daripada keseluruhan pendapatan, manakala jualan kedai menyumbang 3.79% dan jualan tambah nilai sebanyak 2.60%.
Sejak mula beroperasi pada Ogos 2020, prestasi jualan minyak Petron BSI menunjukkan trend yang stabil dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan oleh KOPKETA. Pencapaian ini disumbangkan terutamanya oleh penjualan MOGAS dan diesel, manakala jualan kedai masih mempunyai potensi untuk terus dipertingkatkan.
Pada tahun 2025, Petron BSI telah melaksanakan operasi selama 18 jam sehari berbanding 24 jam sehari pada tahun-tahun sebelumnya. Pengurangan tempoh operasi tersebut tidak menjejaskan pendapatan secara ketara, malah membantu mengurangkan kos operasi dan meningkatkan tahap keberuntungan stesen.
Pelbagai program promosi, tanggungjawab sosial korporat dan aktiviti keceriaan turut dilaksanakan bagi meningkatkan jualan, mengekalkan kesetiaan pelanggan serta memastikan persekitaran Petron BSI sentiasa bersih, selesa dan menarik.




Sewaan Bangunan Komersial
- Bangunan Wisma KOPKETA dan lima unit kuarters di sekitar Ladang Sungai Kluang.
- KOPKETA mempunyai 46 buah bangunan kedai yang merangkumi 99 ruang/tingkat, dengan 75 daripadanya sedang disewakan.
- Dua buah bangunan kedai dan pejabat di Impiana Square, Bandar Seri Impian telah dibina untuk disewakan.
- Enam buah banglo turut disediakan untuk disewakan.

Pembangunan Perumahan
Project Management Group (PMG) KOPKETA bertanggungjawab menyelaras dan memantau pembangunan hartanah milik KOPKETA, khususnya di Bandar Seri Impian, bagi memastikan setiap projek dilaksanakan secara terancang dan berdaya maju.
KOPKETA turut merancang pembangunan sebanyak 1,757 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) di Bandar Seri Impian 1 dan Bandar Seri Impian 2. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 442 unit merupakan RMMJ Jenis B, manakala 1,315 unit merupakan RMMJ Jenis C.
Anggaran awal kos pembangunan keseluruhan projek RMMJ adalah sebanyak RM210.20 juta, dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM232.61 juta dan unjuran keuntungan pembangunan kira-kira RM22.41 juta.
Selain itu, KOPKETA turut merancang usahasama pembangunan bersama Greenway World Sdn. Bhd. melibatkan sebahagian Blok 6, Bandar Seri Impian serta Lot 16147, Renggam seluas 72 ekar. Perancangan pembangunan Lot 16147 turut mengambil kira penyediaan laluan jalan utama kepada kawasan pembangunan perumahan anggota generasi kedua KOPKETA.
Pembangunan RMMJ dirancang secara berfasa dengan tempoh pembangunan sekitar tujuh tahun dan sasaran penyiapan keseluruhan pada tahun 2034.



Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. (ESPSB)
Tahun 2025 merupakan tempoh pemulihan dan penstrukturan semula bagi Empat Semudra Plantation Sdn. Bhd. (ESPSB). Dalam tempoh tersebut, aktiviti perniagaan adalah terhad dan sehingga akhir September 2025, baki dalam akaun ESPSB adalah sebanyak RM2,719.46.
Antara langkah utama yang dirancang ialah penjenamaan semula ESPSB kepada KOPKETA Capital Resources Sdn. Bhd., pembangunan aktiviti perniagaan yang lebih mampan serta memberi tumpuan sementara kepada sektor insurans dalam tempoh pemulihan dan penstrukturan semula.
Urusan insurans bersama Sterling Insurance telah dihentikan dan MG Risks Management Sdn. Bhd. dilantik secara interim dengan kadar perkongsian komisen sebanyak 50%, sementara menunggu kelulusan sebagai ejen insurans am bertauliah.
Pelan tindakan turut merangkumi penstrukturan semula ESPSB sebagai Syarikat Tujuan Khas (Special Purpose Vehicle, SPV) serta peluasan aktiviti perniagaan melalui perkhidmatan agensi insurans am yang sah dan berlesen.

