Melaka - 9 April 2026

CEO Talk “Dari Meja Lembaga Ke Jiwa Anggota”

 

        KOPERASI disaran menyertai aktiviti perniagaan, terutama dalam sektor ekopelancongan. Banyak tempat-tempat menarik yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam boleh dieksploitasikan menjadi tempat tumpuan pelancong.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna Melaka, Seah Shoo Chin berkata potensi dalam sektor itu sangat luas kerana di Melaka khususnya kehadiran pelancong sangat tinggi mencecah bilangan sehingga 15 juta .

“Ramai pelancong gemar untuk ke kawasan ekopelancongan, justeru peluang perniagaan dalam bidang itu sentiasa terbuka luas”. Beliau menyatakan demikian semasa majlis penutup Ceo Talk Kepimpinan “Dari Meja Lembaga Ke Jiwa Anggota” di Melaka. Sesungguhnya menurut beliau KOPERASI perlu mencari peluang dalam sektor itu.

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Mohd Zaib Mat Yunus dalam majlis yang sama berkata IKMa sentiasa terus semarakkan semangat perniagaan dikalangan penggerak KOPERASI dengan mengadakan pelbagai program berkaitan secara berpanjangan. “Kita ada lebih 400 program berkaitan seumpamanya diadakan di kawasan Zon Selatan”,katanya.

Program sehari itu sangat signifikan kerana ia bukan sahaja menjadi platform perkongsian maklumat, malah membuka ruang pertemuan, jaringan serta pertukaran idea dalam kalangan warga Koperasi.

Program itu turut disertai dua Ahli Lembaga Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA iaitu Zainun Sulaiman dari Biro Kebajikan dan Norliza Shariff Ahli Lembaga Stesen Minyak Petron KOPKETA.

Dua penyampai CEO Talk itu ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Haos Ek? - Anis Permin dan Master Trainer Akademi Magnet Sukses Sdn. Bhd. -  Amin Idris.

 

 Zainun Sulaiman(KOPKETA)