Tel: 07-7764076 & 07-7764890 | Faks: 07-7765527
Emel : kopketa_4863@yahoo.com
Hari Aprisiasi KOPKETA
Kesemua Barisan Ahli Lemabaga Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada seluruh kakitangan koperasi itu yang sanggup berkorban dan memberikan perkhidmatan yang terbaik mereka.
"Merekalah tunggak yang sanggup menahan diri dan hati untuk bersama-sama menjayakan aspirasi KOPKETA". Kata-kata ini dizahirkan oleh Pengerusi KOPKETA Mohamed Nordin bin Ahmad pada Malam Aprisiasi yang diadakan di Bandar Penawar Kota Tinggi Johor.
Katanya waktu bekerja, setiap pekerjaan perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan ketika bersantai, inilah masa dan peluang untuk bergurau ibarat sebuah keluarga. "Anggaplah saya ini sebagai bapa dan kami ALK mempunyai tanggunghawab dan memegang amanah kepada setiap 309 anggota". Tegas beliau kedua-dua pihak ALK dan kakitangan perlu bertangunggjawab dan seriring menjalankan amanah yang digalas.
Katanya setiap kakitangan KOPKETA mempunyai banyak kelebihan, termasuk disediakan perlindungan insuran sepanjang mereka menjalankan tugas. KOPKETA juga katanya sedang berusaha menambah lagi keistimewaan untuk pekerja dalam lingkungan kemampuan Koperasi.
Tambahnya lagi, "pengorbanan yang diharapkan bukan berakhir pada malam ini, tahun ini tetapi ia berakhir apabila tamatnya perkhidmatan mereka bersama KOPKETA".
KOPKETA sedia membuka peluang kepada kaitanan yang berminat dan sedia berkhidmat, meskipun sudah berusia. "Kami sayang dengan orang yang sayang dengan kami dan bertungkus lumus dengan kami, dan kami akan sentiasa menjaga kebajikan pekerja."
KOPKETA berazam akan terus mengadakan malam sedemikian demi menghargai kakitangannya .
Pengerusi dan ALK KOPKETA kemudian menyampiakan pernghargaan berupa "Gold Bar" kepada kakitangan yang telah berkhidmat lebih 20 tahun. Turut disampaikan kepada kakitangan yang berkhidmat lebih 3 Tahun bersama KOPKETA. Saguhati pula diberikan kepada kakitangan yang baru menyertai Koperasi ini.
Antara kakitangan yang lama berkhidmat dengan KOPKETA ialah Habsah Wagiman 26 Tahun, MOhd Saadi Majed 22 Tahun dan Norsila Ashari 20 Tahun.
Oleh : Zainun Sulaiman
3 September 2023