Tel: 07-7764076 & 07-7764890 | Faks: 07-7765527
Emel : kopketa_4863@yahoo.com
MESYUARAT ANGGOTA LEMBAGA KOPKETA KALI PERTAMA BAGI SESI 2026/2027
Pada 28 Julai 2026, telah berlangsung Mesyuarat Anggota Lembaga KOPKETA Kali Pertama bagi Sesi 2026/2027, susulan Mesyuarat Agung Tahunan KOPKETA Kali Ke-49 yang telah diadakan pada 22 Julai 2026.
Mesyuarat ini menjadi titik permulaan kepada barisan kepimpinan baharu KOPKETA dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab bagi sesi 2026/2027. Antara agenda utama yang dilaksanakan ialah pelantikan Ketua-Ketua Biro dan Ahli Jawatankuasa Biro, pelantikan Juruaudit Dalam KOPKETA serta pelantikan barisan Pengarah KOPKETA Capital Resources Sdn. Bhd. (KCR).
Pada hari yang sama, turut diadakan sesi penyerahan tugas secara rasmi daripada Setiausaha dan Bendahari sesi terdahulu kepada Setiausaha dan Bendahari yang baharu. Sesi ini bertujuan memastikan urusan pentadbiran, pengurusan rekod dan kewangan KOPKETA dapat diteruskan dengan teratur serta lancar.
Barisan Anggota Lembaga KOPKETA bagi sesi 2026/2027 turut melafazkan Ikrar Aku Janji dan menandatangani dokumen berkaitan sebagai tanda komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti dan profesionalisme.
Lafaz ikrar dan upacara menandatangani dokumen Aku Janji tersebut telah disaksikan oleh Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kluang, En. Rosdi bin Senan.
KOPKETA berharap agar barisan kepimpinan yang dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya serta berganding bahu dalam memperkukuh tadbir urus, memajukan aktiviti perniagaan dan menjaga kebajikan seluruh anggota KOPKETA.
