Tel: 07-7764076 & 07-7764890 | Faks: 07-7765527
Emel : kopketa_4863@yahoo.com
KLUANG - 22 JULAI 2026
MAT KOPKETA KE-49
Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Kluang Rosdi Senan berkata kejayaan Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor KOPKETA mencatat pendapatan RM40.9 juta dengan keuntungan bersih RM 5.2 juta sangat membanggakan. Ia bukti bahawa strategi perniagaan yang cekap serta sokongan padu daripada anggota membuahkan hasil yang sangat membanggakan.
Katanya kejayaan yang dicapai KOPKETA itu juga menjadi pemangkin untuk Koperasi terus meneroka peluang-peluang baharu, meningkatkan produktiviti mempelbagaikan sumber pendapatan dan terus mampu melakar keuntungan yang lebih cemerlang pada masa hadapan demi kesejahteraan seluruh anggota.
Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAT KOPKETA kali ke-49 di Kluang Johor.
Tambahnya, pencapaian KOPKETA menduduki tempat ke-6 dalam Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2025 juga merupakan pencapaian yang amat membanggakan. Beliau menyeru agar KOPKETA terus memperkukuhkan tadbir urus, memastikan setiap urusan sentiasa mematuhi Akta Koperasi dan Undang Undang Kecil, di samping terus meningkatkan keuntungan, pendapatan dan nilai aset koperasi.
Terdahulu Pengerusi KOPKETA Mohd Bin Md Ali dalam ucapannya, menegaskan “kekuatan terbesar KOPKETA bukanlah pada nilai tanah atau jumlah wang yang dimiliki tetapi kekuatan sebenarnya terletak pada kepercayaan anggota, apabila kepercayaan dipelihara, KOPKETA akan terus berupaya bersatu kerana Koperasi ini Koperasi kita,” katanya pada majlis MAT itu”.
Beliau mengumumkan sebagai penghargaan atas kesetiaan dan sokongan anggota, KOPKETA melaksanakan Program Umrah dan Lawatan Anggota yang melibatkan peruntukan kewangan berjumlah RM600 ribu ringgit, untuk tahun pertama program dijangka bermula 20 September 2026.
Pada majlis itu juga KOPKETA menyerahkan pembayaran zakat berjumlah RM49,088.65 ringgit kepada Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Negeri Johor Norazlan Nordin.
Turut hadir pada majlis perasmian MAT ke-49 KOPKETA itu Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Pembangunan Hartanah Matrix Concepts Group Chai Keng Wai.
Lebih 200 Anggota KOPKETA hadir pada mesyuarat agung tahunan kali ini.
Dalam pada itu empat Calon dipilih untuk Calon Ahli Lembaga Koperasi ALK sesi 2026/2027.
Tiga diantara Calon lama mengekalkan kedudukkannya iaitu Mohamed Nordin Ahmad, Nordin Omar dan Zainudin Mohamed. Manakala Pujiah Roslan kembali semula bersama barisan ALK sesi 2026/2027.
Zainun Sulaiman……(KOPKETA)
